MENU
PERKONGSIAN ILMU SEBAGAI PEMENANG ANUGERAH ASEAN PUBLIC TOILET STANDARD 2023-2025.
 
9 Julai 2023 (Ahad) – Pada 7 Julai 2023, Majlis Perbandaran Temerloh telah diundang untuk menyampaikan perkongsian ilmu sebagai pemenang Anugerah Asean Public Toilet Standard bagi tempoh 2023-2025 bagi Tandas Awam Terminal Bas Lurah Semantan, Temerloh di dalam Majlis Perasmian Pelaksanaan Kempen Kebersihan Tandas 2023 Peringkat Majlis Daerah Lipis yang dirasmikan oleh YB. Dato Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad , Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Lipis.
 
Taklimat telah disampaikan oleh En. Nor Hisham bin Abdul Hadi, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Pembangunan Komuniti. Turut hadir En. Muhammad Firdaus bin Yusoh @ Yusoff, Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA