MENU
LAWATAN SAMBIL BELAJAR MAJLIS DAERAH LIPIS KE TANDAS AWAM TERMINAL BAS LURAH SEMANTAN, SEMANTAN
 
27 Jun 2023 (Selasa) – Pagi tadi Majlis Daerah Lipis telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan tatacara/kaedah pencucian tandas serta penggunaan bahan pencuci di Tandas Awam Terminal Bas Lurah Semantan, Temerloh yang telah menerima Sijil Anugerah Asean Public Toilet Standard bagi tempoh 2023-2025.
 
Lawatan Majlis Daerah Lipis tersebut telah diketuai oleh En. Rosfaizuazman bin Ahmad Simin dan 10 orang pegawai manakala Majlis Perbandaran Temerloh telah diwakili oleh En. Hisham bin Abdul Hadi, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Pembangunan Komuniti, En. Muhammad Firdaus bin Yusoh @ Yusoff, Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran dan En. Mohd Khairi bin Mohd Yusof, Pengerusi Koperasi Kakitangan MPT Berhad.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA