MENU
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLASEPAK MPT DAN PEJABAT KESIHATAN TEMERLOH
 
02 Jun 2023 (Jumaat) - Semalam bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh telah diadakan perlawanan persahabatan Bolasepak antara Majlis Perbandaran Temerloh dan Pejabat Kesihatan Temerloh.
 
Tujuan perlawanan persahabatan ini adalah bagi mengeratkan lagi jalinan silaturrahim serta memupuk dan menyemai semangat kesukanan dikalangan kakitangan MPT. Selain itu, ia juga mendidik kakitangan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam bidang sukan. Pada perlawanan ini Majlis Perbandaran Temerloh telah mengalahkan Pejabat Kesihatan Temerloh 4-1.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.