MENU
OPERASI MEROBOH BINAAN TAMBAHAN TANPA KELULUSAN
 
02 Jun 2023 (Jumaat) - Jabatan Kawalan Bangunan, Majlis Perbandaran Temerloh dengan kerjasama jabatan-jabatan dalaman MPT, Alam Flora serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan Operasi Meroboh Binaan Tambahan Tanpa Kelulusan di dua lokasi premis/kedai di sekitar bandar Temerloh.
 
Pemantauan serta siasatan awal tapak telah dijalankan oleh pihak MPT dan mendapati aktiviti pembinaan struktur-struktur ini tidak mempunyai sebarang kelulusan ataupun kebenaran dari pihak MPT. Tindakan pemakluman awal tentang kesalahan telah dimaklumkan sebelum ini kepada pihak yang berkenaan namun ianya gagal dipatuhi. Tindakan meroboh struktur sambungan tanpa kelulusan dijalankan dibawah Seksyen 70(1) Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
 
Orang awam atau mana-mana pihak dinasihatkan agar mematuhi SOP atau garis panduan MPT berkaitan sebarang kerja-kerja pembinaan baru atau pengubahsuaian.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.