MENU
SELAMAT BERSARA
 
31 Mei 2023 (Rabu) - Seluruh wargakerja Majlis Perbandaran Temerloh mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Puan Hamsina Binti Hassim, Penolong Akauntan W29 di Jabatan Kewangan dan Puan Aminah Binti Ja’afar, Pembantu Awam H14 di Jabatan Landskap, Majlis Perbandaran Temerloh atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Kami mendoakan semoga beliau sentiasa diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimewahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
 
“Berdayung sampan ke tanah semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan,
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.”
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.