MENU
LAWATAN KERJA MAJLIS BANDARAYA KUANTAN (MBK) KE TAPAK PELUPUSAN SAMPAH SANITARI BELENGU HALT, TEMERLOH
 
11 Mei 2023 (Rabu) – Pagi tadi seramai 2 orang Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran (PPKP) dan 12 orang Pembantu Kesihatan Awam (PKA), Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah mengadakan lawatan kerja bagi tujuan latihan industri di Tapak Pelupusan Belengu Halt, Temerloh. Tujuan lawatan kerja ini bagi mempelajari kaedah pelupusan sampah supaya boleh diperuntukan di Majlis Bandaraya Kuantan.
 
Satu sessi taklimat telah diadakan yang disampaikan oleh En. Izzat bin Baza’ie, Jurutera SWCORP Negeri Pahang. Di akhir lawatan kerja, Tuan Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh telah menyampaikan cenderamata kepada peserta-peserta lawatan kerja tersebut.
 
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.