MENU
OPERASI TANGKAPAN ANJING LIAR DALAM KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
14.4.2023 (Jumaat) - Semalam, satu aktiviti berjadual tangkapan anjing liar telah dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran Temerloh. Aktiviti ini membabitkan Unit Vektor yg sentiasa peka terhadap permasalahan kacauganggu yang melibatkan anjing liar. Majlis Perbandaran Temerloh sentiasa memantau kawasan operasinya terutama bagi penduduk penduduk taman perumahan yg tidak selesa dengan kehadiran kumpulan anjing liar tersebut.
 
Pemelihara anjing diingatkan agar anjing peliharaan sentiasa diawasi. Pihak Majlis Perbandaran Temerloh juga akan membuat tindakan terhadap pemilik anjing yang membiarkan anjing peliharaan miliknya berkeliaran tanpa kawalan.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.