MENU
OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU PEMATUHAN 'INSTITUTE COMMERCIAL INDUSTRIAL' (ICI)
13 Jun 2022 (Isnin) - Majlis Perbandaran Temerloh bersama SWCorp sedang melaksanakan pematuhan Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Bagi Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian 2018.
Operasi pada hari ini telah dilaksanakan di salah sebuah restoran, Temerloh.
Pemilik premis Sektor ICI perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, seperti :
1. Melantik syarikat pemungut yang berlesen dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, KPKT.
2. Menyediakan tapak penstoran yang sesuai.
3. Mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori (bekas yang sesuai).
4. Menyimpan rekod pungutan.
Keterangan lanjut berkaitan Peraturan ICI ini boleh dilayari di https://www.swcorp.gov.my/ici/
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.