MENU
MESYUARAT PENYELARASAN CADANGAN PEMBANGUNAN PUSAT PERTUMBUHAN BARU BANDAR SMART PINTAR (SMART CITY) DAERAH TEMERLOH
 
18 Januari 2022 (Selasa) - Pagi tadi telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru Bandar Pintar (Smart City) Daerah Temerloh.
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB. Dato' Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang merangkap ADUN Lanchang.
 
Turut hadir ke mesyuarat ini ialah YB Dato' Haji Nor Azmi bin Mat Ludin, Timbalan Pengerusi JK Kerajaan Tempatan & Perumahan merangkap ADUN Kuala Semantan, Ahli-Ahli Majlis dan para pegawai dari jabatan/agensi teknikal peringkat Negeri dan Daerah.