MENU
OPERASI PEMBERSIHAN PREMIS TERBIAR.
 
Majlis Perbandaran Temerloh melaksanakan operasi pembersihan terhadap beberapa premis terbiar yang dipenuhi semak samun di Taman Saga, Mentakab. Aduan diterima dari orang awam kerana menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekitarnya.
 
Terdahulu, pemilik premis telah diberi notis arahan untuk membersihkan premis masing-masing. Tindakan pembersihan ini telah dilaksanakan oleh Unit "Task Force" pada 8 dan 9 Disember 2020 lalu. Susulan dari itu, MPT akan membuat tuntutan kos pembersihan berkenaan kepada pemilik premis-premis berkenaan.