IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa kepada Semua Warganegara Malaysia (Keutamaan Kepada Rakyat Negeri Pahang) yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk :
BIL |
JAWATAN |
GRED |
TARAF |
KEKOSONGAN |
|
PEMBANTU KESELAMATAN
|
KP 1 |
KONTRAK (CFS) |
5 (LELAKI SAHAJA) |
A. CARA MEMOHON DAN SYARAT-SYARAT
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPT/1 yang boleh didapati secara percuma di:-
- Kaunter Pengawal Keselamatan
Kompleks Pejabat Plaza Temerloh
Jalan Ahmad Shah
28000 Temerloh Pahang atau
- Muat Turun Borang dari Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Temerloh www.mpt.gov.my
2. Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama salinan dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Kampung/ Penghulu atau Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional:
- Sijil Kelahiran
- Kad Pengenalan (depan/ belakang)
- Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia
- Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon
- Serta sekeping gambar bersaiz pasport
3. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di alamatkan kepada:-
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Temerloh
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 6 Kompleks Pejabat Plaza Temerloh
Jalan Ahmad Shah
28000 Temerloh Pahang
Tarikh tutup permohonan : 18 APRIL 2025 (Jumaat)
B. CATATAN AM
- Permohonan AKAN DITOLAK jika borang permohonan:
- Tidak lengkap, tidak ditandatangani, tidak terang dan memohon jawatan yang tidak diiklankan.
- Tidak menyertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang disyaratkan dan tidak disahkan.
- Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.
- Segala perbelanjaan bagi menghadiri temu duga adalah ditanggung oleh pemohon sendiri
SKIM PERKHIDMATAN
|
|
|
||||||
|
JAWATAN |
: |
PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP1
|
|
||||
|
KUMPULAN |
: |
PELAKSANA |
|
||||
|
TARAF JAWATAN |
: |
‘CONTRACT FOR SERVICE’ (CFS) |
|
||||
|
JUMLAH KEKOSONGAN |
: |
5 (LIMA) LELAKI SAHAJA |
|
||||
|
JADUAL GAJI |
: |
GRED KP 1 |
|||||
SYARAT LANTIKAN
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
|
|
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan |
|
|
(Gaji Permulaan : RM1,500.00 dan Elaun Bulanan: RM 715.00); |
|
|
|
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki 2 Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) termasuk dalam subjek Bahasa Melayu serta memiliki 4 Lulus subjek pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Calon juga hendaklah mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurananya 79 sm ukuran dada yang biasa dan 84 sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
DESKRIPSI TUGAS
Skop kerja melibatkan tugas-tugas pengawasan, pemantauan kawalan dan perlindungan terhadap harta Majlis Perbandaran Temerloh.