Polisi Objektif Kualiti Jabatan Landskap
"Kami dengan sepenuh hati beriltizam akan memberikan perkhidmatan yang cekap,cepat dan berkualiti." Di dalam memenuhi Polisi Kualiti ini, kami mengamalkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh dengan objektif-objektif berikut :
- Mewujudkan bandar dalam taman melalui pembangunan landskap yang berkualiti dan menyeluruh bagi memenuhi keperluan dan kesejahteraan penduduk.
- Meningkatkan persekitaran hidup yang bersih, indah, selesa dan selamat. Memandu dan mengawal pembangunan landskap melalui perlaksanaan dasar,peraturan dan perundangan.
- Memelihara keseimbangan antara pembangunan dan alam sekitar melalui kreativiti yang berkualiti.
- Untuk menyimpankan maklumat terkini berkaitan program penghijauan di dalam projek pembangunan.
- Untuk menggalakkan kerjasama erat antara mereka yang terlibat dalam industri landskap.
Piagam Pelanggan Jabatan Landskap
- Berusaha menjadikan Bandar Temerloh hijau dan menarik melalui Program dan Aktiviti Penanaman Pokok-pokok dengan teratur dan sistematik
- Memastikan setiap kawasan perumahan baru ditanam dengan pokok-pokok teduhan ataupun renek mengikut garis panduan Majlis Perbandaran Temerloh
- Memeriksa dan mengambil tindakan setiap aduan yang diterima dalam tempoh 3 hari.
- Memastikan tahap penyelenggaraan tanaman sentiasa dalam keadaan baik dan memuaskan.
- Memastikan ulasan permohonan kelulusan pelan landskap yang lengkap dikemukakan ke Bahagian Pembangunan dalam tempoh 2 minggu.
- Menyediakan perkhidmatan sewaan dan hiasan pokok yang berkualiti.