TINDAKAN PANTAS MPT
28 Ogos 2025 (Khamis) - Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Pembangunan Komuniti, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah menjalankan operasi membakar sarang tebuan berhampiran Bangunan Arked MARA Mentakab malam tadi.
Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terjamin serta mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini kepada orang ramai di kawasan tersebut.
MPT akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan masyarakat.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA