MENU
PERTANDINGAN LUMBA BOT MINI MAHA PAHANG 2025
 
16 Ogos 2025 (Sabtu) - Esplanade 1, Temerloh pagi tadi berlangsung meriah dengan Pertandingan Lumba Bot sempena Mini MAHA Pahang 2025, anjuran Geng Arus Pahang bersama Formula Future Power Boat Club.
 
Majlis penyampaian hadiah pertandingan telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang.
 
Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Moh Tangkap Baung Ekor Merah dan Pertandingan Memancing Atas Bot.
 
Selain itu, diadakan juga upacara pelepasan anak benih ikan sebagai simbolik kesinambungan kelestarian sumber perikanan di Sungai Pahang.
 
Tahniah kepada semua pemenang & syabas kepada semua yang terlibat! 
 
a
a
A
A
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA