MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL MINI MAHA PAHANG 2025
7 Ogos 2025 (Khamis) – Sebentar tadi telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Teknikal sempena Program Mini MAHA Pahang 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), dipengerusikan oleh Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua MPT.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan aspek penyelarasan teknikal serta persiapan rapi menjelang penganjuran Program Mini MAHA Pahang 2025 yang bakal berlangsung pada 14 hingga 17 Ogos 2025 di Dataran Temerloh.
Turut hadir wakil-wakil daripada agensi terlibat termasuk:
- Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh
- IPD Temerloh
- JKR Daerah Temerloh
- Angkatan Pertahanan Awam (APM)
- RELA Daerah Temerloh
- SWCorp Cawangan Temerloh
- Atheo Global
- Pengarah-pengarah jabatan & pegawai kanan MPT
Kerjasama erat antara semua agensi ini diyakini mampu memastikan kelancaran serta kejayaan program agro pelancongan terbesar di negeri Pahang ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Mini MAHA Pahang 2025 dan alami sendiri pelbagai tarikan menarik seperti:
- Teknologi pertanian terkini
- Hasil tani segar & jualan terus dari ladang
- Pameran inovasi & produk tempatan
- Gerai makanan viral & tradisional
- Aktiviti kekeluargaan & hiburan sepanjang hari




Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA