LAWATAN KERJA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH KE HOTEL APSARA, TEMERLOH GATEWAY
7 Ogos 2025 (Khamis) – Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah mengadakan lawatan kerja ke Hotel Apsara, Temerloh Gateway pada jam 8.00 pagi tadi.
Lawatan ini diadakan bagi meninjau dan menilai secara langsung beberapa isu berbangkit yang melibatkan aspek teknikal serta pematuhan terhadap peraturan dan piawaian sedia ada.
Turut mengiringi lawatan ini ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Kawalan Bangunan, MPT yang menjalankan pemeriksaan tapak serta memberikan maklum balas berkaitan tindakan yang perlu diambil.
Majlis Perbandaran Temerloh komited dalam memastikan setiap aduan dan isu ditangani secara proaktif serta selaras dengan objektif pembangunan mampan dan kesejahteraan komuniti setempat.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA