SESI TAKLIMAT PROJEK PEMBINAAN PUSAT PEMINDAHAN TETAP DAERAH TEMERLOH
6 Ogos 2025 (Rabu) - Semalam Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah mengadakan satu sesi taklimat projek bagi pembinaan Pusat Pemindahan Tetap Daerah Temerloh bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik, Aras 7, MPT.
Sesi taklimat ini dipengerusikan oleh Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua MPT dan turut dihadiri oleh Tuan Setiausaha MPT serta pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pusat Setempat, Jabatan Kawalan Bangunan dan Jabatan Perancang Bandar.
Taklimat yang disampaikan oleh pihak perunding ini bertujuan untuk memberikan gambaran awal berkenaan cadangan pelaksanaan projek yang telah mendapat peruntukan di bawah Kod Pembangunan (P.02).
Kerjasama dan penglibatan semua jabatan yang terlibat amat dihargai dalam memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek penting ini demi kesejahteraan rakyat daerah Temerloh.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA