MENU
LAWATAN TAPAK YANG DIPERTUA MPT BAGI MENANGANI ISU TAKUNGAN AIR DI TAMAN BUKIT TINGKAT
 
1 Ogos 2025 (Jumaat) – Sebentar tadi Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah mengadakan lawatan tapak ke Jalan Bukit Tingkat (C119), berhadapan Taman Bukit Tingkat, Temerloh bagi meninjau dan mencari penyelesaian terhadap masalah takungan air yang berlaku di kawasan tersebut.
 
Turut hadir semasa lawatan ini ialah Ahli-ahli Majlis MPT, wakil jabatan-jabatan daerah yang terlibat serta pegawai-pegawai dari Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Hasil lawatan ini, kerja-kerja penyelenggaraan dan tindakan awal bagi mengatasi masalah takungan air tersebut dijadualkan akan dilaksanakan mulai hari Isnin, 4 Ogos 2025.
 
MPT sentiasa komited dalam menangani isu infrastruktur dan persekitaran secara berterusan demi kesejahteraan dan keselamatan penduduk setempat.
 
a
a
a
a
a
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA