MENU
LAWATAN TAPAK KE LOKASI WABAK DENGGI DI TAMAN RIMBA, MENTAKAB
 
18 Jun 2025 (Rabu) - Pagi ini Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Rizal bin Mustafa telah mengadakan lawatan tapak ke lokasi wabak Denggi di Taman Rimba, Mentakab, bersama Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh dan wakil KRT Taman Rimba, Mentakab.
 
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau situasi semasa di lokasi yang dikenalpasti sebagai kawasan berisiko tinggi penularan kes demam denggi. Pemerhatian secara langsung di lapangan ini memberi ruang kepada pihak berkuasa tempatan dan agensi kesihatan untuk:
 
- Mengenal pasti punca pembiakan nyamuk Aedes
- Menilai keberkesanan langkah kawalan yang sedang dilaksanakan
- Merancang tindakan segera dan bersepadu bagi membendung penularan kes
 
Pihak Majlis Perbandaran Temerloh sentiasa komited dalam memastikan isu kesihatan awam diberi perhatian serius dan kerjasama erat bersama Pejabat Kesihatan Daerah amat penting dalam usaha berterusan membasmi wabak denggi.
 
Orang ramai diseru agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran, memusnahkan tempat pembiakan nyamuk, serta memberikan kerjasama penuh semasa aktiviti pemeriksaan dan semburan kabus (fogging) dijalankan.
 

 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA