MENU
PERJUMPAAN TUAN YANG DIPERTUA BERSAMA KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
16 Jun 2025 (Isnin) – Satu sesi perjumpaan bersama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Rizal bin Mustafa telah diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini bertujuan memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan tertinggi dan seluruh kakitangan MPT serta menjadi medium penyampaian amanat dan aspirasi organisasi.
 
Dalam ucapannya, Tuan Yang Dipertua telah menyampaikan titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang menyeru agar Bandar Temerloh sentiasa bersih, ceria dan menjadi bandar yang membahagiakan penduduknya. Sehubungan itu, beliau menekankan bahawa kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada sikap dan nilai kerja yang diamalkan oleh warga kerjanya. Beliau menyeru semua kakitangan untuk menerapkan nilai-nilai berikut dalam perkhidmatan:
 
• Integriti dalam semua tindakan dan keputusan,
• Komitmen terhadap tanggungjawab yang diberikan,
• Pemikiran kreatif dalam menangani cabaran, dan
• Nilai kemanusiaan yang mencerminkan rasa prihatin kepada masyarakat dan persekitaran.
 
Tuan Yang Dipertua juga menekankan kepentingan untuk setiap kakitangan bekerja dengan tenang, hadir awal ke pejabat, bekerja secara ikhlas dan jujur, fokus dalam melaksanakan tugasan serta mengatur kerja harian dengan terancang.
 
Mengakhiri perjumpaan pada pagi tadi telah diadakan majlis memotong kek sempena hari jadi Tuan Yang Dipertua serta warga kerja Majlis Perbandaran Temerloh yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Jun 2025. Suasana penuh mesra ini menambahkan lagi kemeriahan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga MPT.
 
Semoga sesi perjumpaan ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang lebih positif, profesional dan mampan dalam membina perkhidmatan awam yang cemerlang demi kesejahteraan rakyat Temerloh.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA