MENU
MAJLIS SAMBUTAN KEHADIRAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
04 Jun 2025 (Rabu) – Sebentar tadi Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh secara rasminya menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua. Ketibaan beliau pada pagi tadi telah disambut mesra oleh Tuan Hj. Muhammad bin Mohd Nor, Setiausaha MPT dan Pengarah-Pengarah Jabatan/Bahagia MPT dan seterusnya sesi perjumpaan bersama Ketua-Ketua Jabatan MPT dan serahan Nota Serah Tugas oleh Setiausaha MPT telah diadakan di Bilik Mesyuarat Anggerik MPT.
 
Kawalan hormat oleh barisan anggota Penguatkuasa MPT seramai 16 orang turut diadakan bagi menyambut ketibaan Tuan YDP. Semoga Tuan Rizal bin Mustafa diberikan kekuatan, hikmah dan kebijaksanaan dalam memimpin Majlis Perbandaran Temerloh ke arah kecemerlangan dan kemajuan yang berterusan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan setempat.
 
Warga Kerja MPT mengucapkan selamat datang kepada Tuan Yang Dipertua MPT dan selamat bertugas di MPT.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA