MENU
LAWATAN SAMBIL BELAJAR MAJLIS DAERAH LIPIS (MDL) KE GERAI ESPLANADE 1 MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
14 Mei 2025 (Rabu) – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah menerima Lawatan Sambil Belajar daripada pihak Majlis Daerah Lipis (MDL) yang diketuai oleh Puan Fathin Nor Syafiqa binti Muhamad Ruhaidir selaku Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran,MDL bersama 10 orang pegawai MDL telah diadakan pada jam 10.00 pagi tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MPT.
 
Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Encik Haris Fathilah bin Mohd. Hajar, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPT, En. Muhammad Danial bin Jamaludin, Pengarah Jabatan Kawalan Perniagaan & Perlesenan, MPT, En. Nor Hisham bin Abdul Hadi, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pembangunan Komuniti,MPT, Encik Muhamad Fadzri bin Mohd Alias, Ketua Bahagian Perhubungan Awam & Pembangunan Belia,MPT serta pegawai-pegawai MPT.
 
Fokus utama lawatan ini adalah untuk menimba ilmu ke Gerai milik Majlis Perbandaran Temerloh yang telah dianugerahkan sebagai Penerima Anugerah Cemerlang Kempen Kesihatan Persekitaran bagi kategori Pengurusan Terbaik Premis Makanan Bersih Tahun 2024. Delegasi telah diberikan taklimat ringkas oleh En. Nor Hisham bin Abdul Hadi, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pembangunan Komuniti,MPT dan seterusnya dibawa ke sesi lawatan ke Gerai MPT Esplanade 1, Temerloh.
 
Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Daerah Lipis (MDL) atas kesudian mengadakan lawatan ini. Semoga lawatan ini mencapai matlamatnya dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA