KAUNTER BERGERAK MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
Ada urusan bayaran Cukai Taksiran & Sewaan Premis yang belum diselesaikan?
Jangan risau, Kaunter Bergerak Majlis Perbandaran Temerloh akan turun padang ke kawasan anda !
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:
- Semakan & Bayaran Cukai Taksiran
- Semakan & Bayaran Sewaan Premis
Tarikh: Setiap hari Ahad
Lokasi: Tapak Pekan Sehari Temerloh
Masa: 8.30 pagi – 12.30 Tangah Hari
Tarikh: Setiap hari Isnin
Lokasi: Tapak Pekan Sehari Kuala Krau & Hadapan Gerai Makan MPT Kuala Krau.
Masa: 8.30 pagi – 12.30 Tangah Hari ( Tapak Pekan Sehari Kuala Krau), 2.00 Petang - 3.30 Petang ( Hadapan Gerai Makan MPT Kuala Krau).
Ambil peluang ini untuk selesaikan urusan bayaran Cukai Pintu & bayaran Sewa Premis tanpa perlu ke pejabat Majlis Perbandaran Temerloh. Lebih mudah, lebih dekat !
PERINGATAN:
Pemilik pegangan yang mempunyai tunggakan cukai taksiran dinasihatkan untuk menjelaskan tunggakan dengan serta-merta.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA