MENU
MAJLIS PENGHARGAAN SEMPENA MERAIKAN KEMENANGAN TEMPAT KE-4 PESTA PELITA RAYA PAHANG 2025
 
13 Mei 2025 (Selasa) – Pada 9 Mei 2025, telah diadakan Majlis Penghargaan Sempena Meraikan Kemenangan Tempat Ke-4 Pesta Pelita Raya Pahang 2025 bertempat di Taman Kenangan Temerloh. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua yang telah memberikan komitmen dan kesungguhan di dalam memastikan kelancaran sesi penjurian tempoh hari disamping meraikan kemenangan tempat ke-4 Pesta Pelita Raya Pahang 2025.
 
Majlis telah dihadiri YH Dato' Khairur Rizal bin Ramli, Pegawai Daerah Temerloh, Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Haji Muhammad bin Mohd Nor, Ahli-Ahli Majlis MPT, Pengarah-Pengarah Jabatan/Ketua-Ketua Bahagian MPT serta kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja yang telah menyumbang tenaga, masa dan idea bagi memastikan kemenangan tempat ke-4 Pesta Pelita Raya Pahang 2025.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA