MENU
KURSUS INDUKSI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PERSONEL BINAAN
 
18 April 2025 (Jumaat) - Semalam Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah mengadakan Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Personel Binaan yang dianjurkan oleh CIDB, khusus untuk kakitangan MPT. Kursus ini diadakan bagi memastikan setiap anggota sentiasa mematuhi piawaian keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan dalam industri pembinaan.
 
Program ini telah berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Bilik Latihan Kemuning. Semoga kursus ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan tahap kesedaran serta amalan keselamatan di kalangan kakitangan MPT.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA