OPERASI PENAMPALAN NOTIS TUNGGAKAN SEWA PREMIS MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH (NOTIS PERINGATAN/NOTIS PERINGATAN TERAKHIR)
17 Mac 2025 (Isnin) - Pada 13-14 Mac 2025 (Rabu & Khamis), Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah menjalankan Operasi Penampalan Notis Tunggakan Sewaan ke atas penyewa premis yang gagal menjelaskan bayaran sewa seperti yang termaktub dalam perjanjian serta mereka yang mempunyai tunggakan melebihi 3 bulan.
Kesedaran & Tanggungjawab Penyewa
Pihak MPT menekankan bahawa bayaran sewa adalah tanggungjawab utama penyewa bagi memastikan kelangsungan operasi perniagaan serta penggunaan ruang niaga secara adil dan teratur. Kegagalan menjelaskan bayaran boleh menyebabkan tindakan penamatan sewaan.
Peluang Kepada Usahawan Baru
Tempat niaga adalah aset bernilai untuk komuniti, dan MPT komited dalam membuka lebih banyak peluang kepada warga Temerloh yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka. Penyewa yang gagal mematuhi perjanjian boleh menyebabkan kehilangan peluang bagi peniaga lain yang benar-benar ingin berniaga.
Ambil Tindakan Segera!
Kami menyeru semua penyewa yang masih mempunyai tunggakan agar segera membuat pembayaran bagi mengelakkan tindakan lanjut. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak MPT melalui talian rasmi.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA