MENU
SELAMAT BERSARA
 
Seri rembulan seindah kejora,
Cahaya suria di awan larat,
Kami ucapkan selamat bersara,
Semoga bahagia dunia akhirat.
 
Selamat Bersara Wajib Encik Azmir Bin Yahaya, Penolong Pegawai Tadbir N7 di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Seluruh Wargakerja Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama 30 tahun di Majlis Perbandaran Temerloh. Kami mendoakan semoga Encik Azmir Bin Yahaya sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan selepas bersara.
 
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan ketenangan buat beliau sehingga ke akhirat sana.
 
Selamat bersara dan selamat maju jaya. Jasamu dikenang.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA