HEBAHAN PELAKSANAAN OPERASI TUNGGAKAN SEWA (NOTIS PERINGATAN AKHIR)
26 November 2024 (Selasa) - Majlis Perbandaran Temerloh ingin memaklumkan bahawa Operasi Tunggakan Sewa bagi premis, gerai, dan bangunan milik Majlis telah dilaksanakan.
Operasi ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan para penyewa mematuhi tanggungjawab dalam membayar sewa. Sepanjang operasi ini dilaksanakan, beberapa tindakan telah diambil, termasuk penyampaian Notis Peringatan Akhir kepada penyewa yang masih mempunyai tunggakan.
Sehubungan itu, pihak Majlis menasihatkan semua penyewa yang masih mempunyai tunggakan agar segera membuat bayaran bagi mengelakkan tindakan lanjut yang lebih tegas.
Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amat dihargai dalam memastikan kelancaran urusan sewaan premis di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Temerloh.
Sekian, terima kasih.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA