MAJLIS PERASMIAN LAPANG SASAR MEMANAH MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
12 November 2024 (Selasa) – Pada 9 November 2024 yang lalu telah diadakan Majlis Perasmian Lapang Sasar Memanah, Majlis Perbandaran Temerloh bertempat di perkarangan Stadium Majlis Perbandaran Temeroh. Lapang sasar memanah ini adalah merupakan lapang sasar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di negeri Pahang.
Acara bermula dengan ucapan aluan oleh Encik Muhammad Asri bin Ismail, Pengerusi Kelab Memanah, MPT. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh dan seterusnya melancarkan lapang sasar memanah, MPT. Di dalam majlis perasmian ini juga diadakan pertunjukan aksi memanah oleh Kelab Kempas Bukit kemuning. Hadir sama Setiausaha MPT, Ahli-ahli Majlis MPT, Pengarah-Pengarah Jabatan MPT, Ketua-Ketua Bahagian MPT dan Encik Mohd Sharil bin Shapie, Ahli Jawatankuasa Negeri Merangkap Penerangan Negeri PMTNP (Persatuan Memanah Tradisinal Negeri Pahang.
Memanah bukan sekadar sukan, tapi ianya sunnah yang perlu diamalkan kerana boleh memberi ketenangan jiwa. Bila jiwa yang tenang maka hasil panahan lebih tepat.
Daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda:
عَلِّمُوا أَبْنَاءَكُمُ السِّبَاحَةَ وَالرَّمْيَ
Maksudnya: “Ajarlah anak kamu berenang dan memanah”. al-Jami’ al-Saghir (5477)
Semoga dengan adanya lapang sasar memanah ini dapat mempromosikan aktiviti sukan tradisional ini ke masyarakat setempat. Insya Allah.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA