MENU
SELAMAT BERSARA
Seri rembulan seindah kejora,
Cahaya suria di awan larat,
Kami ucapkan selamat bersara,
Semoga bahagia dunia akhirat.
Selamat Bersara Pilihan Puan Gusdan Binti Tahir, Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa J38 di Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Temerloh.
Seluruh Wargakerja Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama 26 tahun di Majlis Perbandaran Temerloh. Kami mendoakan semoga Puan Gusdan Binti Tahir sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan selepas bersara.
 
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan ketenangan buat beliau sehingga ke akhirat sana.
 
Selamat bersara dan selamat maju jaya. Jasamu dikenang.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA