MENU
PROGRAM MAJLIS KESYUKURAN DAN TAHLIL SEMPENA JUBLI PERAK MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
16 Januari 2023 (Isnin) – Malam tadi telah diadakan Majlis Kesyukuran dan Tahlil sempena Jubli Perak Majlis Perbandaran Temerloh bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Bukit Angin, Temerloh dan telah dihadiri oleh Puan Yang Dipertua, Tuan Al Fadhil Qadhi Daerah Temerloh, Tuan Setiausaha, para pegawai dan wargakerja Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib Berjemaah, Solat Sunat Hajat dan diikuti dengan Kuliah Agama. Majlis diakhiri dengan Solat Fardhu Isyak Berjemaah, Tahlil dan Doa Selamat yang diketuai oleh Imam Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.