MENU
KURSUS PENYEDIAAN DOKUMEN PROJEK INOVASI MALA 3.0 PIALA YB MENTERI KPKT TAHUN 2024-2025 DAN INOVASI NEGERI PAHANG TAHUN 2024
 
25 Julai 2024 (Khamis) – Pada 23 hingga 24 Julai 2024, telah diadakan Bengkel Penyediaan Dokumen Projek Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT Tahun 2024-2025 dan Inovasi Negeri Pahang Tahun 2024 bertempat di Bilik Latihan Kemuning, MPT.
Seramai 49 orang kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh telah terlibat yang terdiri daripada Pengarah Jabatan dan kumpulan pelaksana. Kursus ini disampaikan oleh Encik Hussein Mohd Ariff yang merupakan Presiden MACRI (Malaysian Assoc. of Creativity & Innovation).
 
Tujuan kursus ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan panduan kepada kakitangan MPT dalam penyediaan dokumen bagi projek yang telah dihasilkan seterusnya sebagai persediaan memasuki pertandingan Inovasi MALA 3.0 dan Inovasi Negeri Pahang 2024 yang diadakan sama ada peringkat negeri/persekutuan.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA